Wednesday, February 9, 2011

Cara Pembuatan labu sayong 




Kelebihan dan keunikan

Kelebihan dan keunikan Labu Sayong yang dihasilkan oleh syarikat ialah dengan menggunakan bahan mentah yang asli dan berkualiti iaitu sepenuhnya tanah liat, pewarna bebas bahan kimia dan kami tidak menggunakan campuran yang akan memberi kesan yang buruk kepada produk kami. Dengan menggunakan bahan yang asli ini syarikat dapat menghasilkan produk yang berkualiti.

Terdapat pelbagai reka bentuk untuk produk terbaru yang sentiasa berinovasi dan kreatif yang akan dapat memenuhi kehendak setiap sesuatu oermintaan pelanggan dalam pasaran.

Pengenalan

Syarikat Dwi Citra Craft telah beroperasi selama 10 tahun dari tahun 2002 sehingga kini, yang diusahakan oleh En Rofi yang berpengalaman selama 23 tahun dalam bidang seni craft ini. Syarikat kami membuka cawangan di daerah Kuala Kangsar yang terkenal dengan keunikan seni craft Labu Sayong.

Pengusaha kami pernah tercalon sebagai Tokoh Usahawan Craf Tembikar Malaysia  pada 2 tahun yang lepas iaitu 2009 beliau juga pernah mendapat Anugerah sebagai Tokoh Usahawan berjaya di daerah Kuala Kangsar.

Menurut En Rofi, syarikat tidak mempunyai pesaing ini kerana beliau merupakan market leader kepada produk-produk labu sayong. Beliau hanya mementingkan inovasi terhadap produknya. Dimana produknya sentiasa diambil kira contohnya pemborong akan datang ke syarikat untuk mengambil tempahan produk dan dipasarkan kepada pelanggan serta bertanya tentang produk terbaru yang dihasilkan oleh syarikat ini.

Harga

Harga untuk setiap produk adalah sangat berpatutan dan semua pengguna mampu membeli dan memperolehi produk labu sayong. Harga mengikut saiz dan jenis reka bentuk setiap produk. Setiap tempahan yang dibuat akan dipenuhi oleh syarikat secepat yang mungkin mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan oleh pelanggan.

Produk labu sayong ini juga amat terkenal di daerah kuala kangsar dan ianya juga adalah satu aset pelancongan daerah kuala kangsar

Banyak keistimewaan dan keunikan pada produk labu sayong yang akan anda perolehi. Ini kerana dengan membeli produk labu sayong, anda bukan sahaja membeli dan menyokong produk tempatan tetapi dapat menyumbang kepada mata wang dan ekonomi negara.

PASTIKAN ANDA MENDAPATKAN YANG ORIGINAL!!!!