Wednesday, February 9, 2011

Pengenalan

Syarikat Dwi Citra Craft telah beroperasi selama 10 tahun dari tahun 2002 sehingga kini, yang diusahakan oleh En Rofi yang berpengalaman selama 23 tahun dalam bidang seni craft ini. Syarikat kami membuka cawangan di daerah Kuala Kangsar yang terkenal dengan keunikan seni craft Labu Sayong.

Pengusaha kami pernah tercalon sebagai Tokoh Usahawan Craf Tembikar Malaysia  pada 2 tahun yang lepas iaitu 2009 beliau juga pernah mendapat Anugerah sebagai Tokoh Usahawan berjaya di daerah Kuala Kangsar.

Menurut En Rofi, syarikat tidak mempunyai pesaing ini kerana beliau merupakan market leader kepada produk-produk labu sayong. Beliau hanya mementingkan inovasi terhadap produknya. Dimana produknya sentiasa diambil kira contohnya pemborong akan datang ke syarikat untuk mengambil tempahan produk dan dipasarkan kepada pelanggan serta bertanya tentang produk terbaru yang dihasilkan oleh syarikat ini.

No comments:

Post a Comment